Saturday, 4 November 2017

Dem true

Hidup ni umpama pegi gym. Saat paling sukar adalah saat membuat keputusan untuk pergi. Sebaik sahaja kita melepasi untuk saat sukar ini, selebihnya akan menjadi mudah.

Nampak mcm biasa tapi sebenarnya ada maksud tersirat dari ayat ni.

Okay maksudnya mcm ni...

Kalau kau nak berjaya kau kene ubah diri kau untuk jadi org berjaya. Once kau dah lepas ciri ciri org berjaya (disiplin, rajin, blablabla) kau akan menikmati saat saat kau berjaya.

Contohnya..
Kau study la kan. Sape je nak study kan. Tapi your own goal is to success in academic then you must study la. Betul tak? Then bila kau berjaya kau sendiri yg rasa nikmat berjaya tu. The difficult things is STRUGGLE.

Wednesday, 8 March 2017

2017 hit me so so soooo f*cking bad

Yeahh its 2017. Just 2017. Wuhuuuu

Okay lah aku nak cerita kan sikit pasal tahun 2017. Biasa org kata apa yang berlaku ada hikmah nya.  Betul tak??? Haa ni aku nak cerita apa yg berlaku tu.

Haihh pening,  geram,  sakit hati,  pelik,  semua bende lah

First skali aku nak cerita pasal Research.  Aku ni student tahun akhir act.  So kene buat research.  selama setahun.  Then aku pun buat.  Dah siap aku hantar.  Die suruh repair aku repair. Tapi tu semua by email.  Tapi nak dkt due date tu die suruh aku dtg jumpa die kat fac.  Mujur aku dah stay dkt cheras. Then aku pun pegi la jumpa die bawak hard copy.  Time tu banyak pulak die suruh tukar.  Bapak la tertekan aku time ni.  Yg aku geram sangat tu bila aku dah repair die betulkan yg lain.  Asal lah tak bagi tahu semua yg salah.  Then aku betulkan semua.  Ini satu satu masalah. Dah la kene berulang cheras- shah alam. Haih. Member2 pulak makin ramai yang dah hantar.  Mujur la aku bukan org last yg hantar research tu.

Then yg kedua.  Handphone rosak.  Ini paling sakit hati.  Screen pecah bro.  KimK sangat ehhh.  Dah mcm hp kene strok je.  Nak pakai kene tekan screen die bagi nampak tulisan yg tak nampak.  Then makin lama makin tak elok. Sampai kan org nak ws aku,  aku pegi pakai ws web.  Hahaha.  Tak lama lepas tu.  Hp tu strok sepenoh nya.  Rosak. Lepas tu apa apa aku pinjam hp housemate aku punya je.  Ws jangan tanya la. Lantak lah situ.  Haha

Dah rosak aku nak beli baru lah kan.  Aku pun apa lagi search la mudah.  Cari hp buah.  Mana tahu dpt murah murah.  Haha.  Check punya check.  Tiga hari aku check.  Ada la satu ads ni.  Menarik.  Ip5s 64gb harga sekian sekian.  Ewahhh emangnya murah ya pak.  Contact punya contact.  Then aku bank in.  Nak bank in duit tak leh masuk.  3 kali aku try.  Dlm hati aku dah rase lain dah.  Tak pe aku betul kan balik mindset aku.  Masuk kali ke 4 mesin tu telan.  Fuhhh.  Lega.  Contact balik ngan bro yg jual tu.  Dah masuk duit bang.  Siap send gambar resit lagi.  Malam tu.  Aku contact lagi bro tu tapi 1 tick je.  Betul kan niat lagi.  Sehari aku tunggu aku.  Aku contact lagi.  1 tick lagi.  WTF.  Takkan kot.  Aku cuba call.  Demmmmm aku dah terkena.  Dah kene block.  Sakit weh sakit. 

Yang ke 3.  Dah 2 minggu  aku tak pakai hp and 2 minggu tu lah aku dok pinjam2 hp sambil buat muka selamba. Last2  bos aku bagi hp spare die kat aku.  Kesian katanya.  Hadehh ==' seronok lah aku.  Hahaha.  Rileks, tak abis lagi cerita aku ni. Then,  2 minggu lepas tu. Aku kene balik ipoh naik motor. Sebab abang aku nak tunang.  So aku pun balik la.  Rider beb. Sorang pulak tu.  KamiXramai.  Apachebiskutkering.  Ape ape je lah.  Haha.  Pkl 10 camtu aku gerak.  Aku suka gerak malam.  Sebab sejuk skit. Then time balik tu elok sgt lah.  Malam tu ramai jugak geng motor balik utara.  So boleh la aku join konvoi.  Jalan punya jalan then aku nampak budak vespa motor rosak tepi highway.  Time tu aku gerak sorang lagi.  So aku g la tolong towing.  Jetrot katanya. Aku pun towing la.  20 km bai nak tolak die ni g rnr tanjung malim.  Bapak jauh.  Nak cramp kaki.  Haha.  Tak de lah gurau je.  Time aku tgh tolak tu aku letak beg aku kat dlm raga and hp dkt jaring letak botol air tu.  Tengah sedap layan towing 130 danggggg telanggar lopak kecik.  Tapp.  Aku rase ada mende jatuh. Cek tak de pape.  Jalan jalan jalan.  Aku rase lain dah.  Check kat beg.  ALLAHHUAKBAR HANDPHONE  AKUUUUUUUU!!!! Mati lah aku.  Dah la gelap time tu aku dah tak fikir apa dah.  Aku fikir redha je.  Aku pun terus towing mamat tadi tu sampai rnr.  Dkt rnr aku rileks fikir balik.  Apa aku buat salah.  Fuhh jahanam weh. Tu skjp je aku fikir.  Yg ni ha Apa aku nak ckp kat bos aku tu nnt. 

Dah selesai majlis tunang apa semua esok tu aku balik semula.  Aku fikir nak g cari hp tu kat hw.  Family aku semua ckp tu keje gile.  Ha ah.  Mmg betul pun. keje gile tu laa aku pg buat.  Dan tak de hasil.  HA HA HA. Semacam wrong way aku g cari. Mcm mana wrong way tu?  Hahh ko fikir la sendiri.  Motor beb apa je tak leh buat. Drift je tak kot.  K ada jugak org buat? Haha

So lepas tu dengan mood barai nyer aku pun chow la balik rumah sewa aku kat cheras tu.  Lagi 20 km nak sampai, aku rase lain dah tayar depan aku.  Asal x sedap main corner ni. Aku pun bawak la slow slow. Cari pam minyak dekat dekat.  Ha ah.  Mmg palat sangat hari tu.  4 stesen minyak aku pegi semua mesin angin rosak. Fuhh.  Tercabar wehh.  Aku pun bawak la slow slow.  Duduk atas sit tu kalau boleh nak dduk kat besi belakang tu je.  Org kata tak nak bagi sportrim depan tu bengkok.  Haha.  Sampai rumah aku tengok tayar depan mmg dah flat abis.  Bukan sebab paku.  Sebab nya tayar tu dah 3 tahun lebih aku tak tukar dari start aku beli motor ni dulu. Kah kah kah.  Padan la muka kau yop. Maka tersadai la motor aku tu kat halaman rumah tu.  Cabut cdi,  kunci apa semua.  Tutup dengan kain.  Maka bersemadilah engkau di situ wahai baby red.  Haha. 

Hp tak dak,  motor tak dak.  Apa yang ada??

Sebulan lebih gak aku tak pakai hp.  Last2.  Aku ckp kat bos.  Mintak loan duit die.  Susah weh nak contact org.  Org nak contact aku pun susah.  Hutang

Lagi?? Erm.  Yg ni complicated sikit act.  But aku nak tulis jugak.  Lantak lah.  Haha. Dah beli hp baru aku pun on la balik sim aku.  Fuh 2k message masuk.  Mcm mcm org.  Tuttt 1 no aku kenal.  Wahh.  Customer aku dulu ni.  Sekali buka.  Die minta duit dia daaaah.  Rm300 bai. Aku ade hutang die. Kimakk apa hal dengan aku ni.  Semua nak time2 ni.  Jemmmm.  Haha.  Nasib budak tu okay. Aku cakap bg abg masa nnt aku bank in kat die.  Hadehhh.  Baler baler.

Last skali ni yg tak tahan.  Apa lah babi sangat ehh.  Brim tak dpt weh.  Aku dah la tgh sesak ni.  Boleh pulak tak dpt.  Mana nak cekau duit.  Kerja pun kene tunggu gaji.  Ingat dpt la settel kan duit customer tu.  Haih  sabar je lah. 

Hahaha so tamat lah cerita aku hari ni. 

9 march 2017

Thursday, 2 March 2017

no woman no cry

hai semua. assalamualaikum~

mcm biasa lah kan. setahun skali update blog. so hari ni aku nak cerita pasal diri aku. entah aku rase ni topik yg sesuai utk malam ni.

opsss
okay aku cerita pasal awek lah. baru bestt betul tak?

erm. okay lah mcm ni.

2011
zaman kegemilangan kisah percintaan budak sekolah bermula. fuhhhh. siapa tak pernah bercinta kan time sekolah. giler dasyat beb. so kisah aku bermula dengan masa tu aku akan menduduki peperiksaan spm tak silap aku. then aku ni pulak sekolah jenis sekolah yg ada asrama. masa tu aku 'budak luar'. 2 minggu sebelum SPM tu aku ngan bestfriend aku pun pakat lah nak masuk asrama. katanya dapat belajar lebih fokus. mana tak nya beb aku punya trial time tu pun 5 gagal. paleotakdie kan.

then aku ngan member aku pun masuk la asrama. bile 'budak luar' masuk asrama ko tahu la kan. jadi mati kutu lah kitorang. mana tak nya biasa malam malam keluar. tak pun petang merayap kat mana mana. ni dah masuk asrama mana maunye yop nak keluar. kannnn. isnin, selasa, rabu, khamis, dann jumaat. yeah jumaat. aku tengok budak2 asrama ni dah menggelupur nak keluar. ada yang nak balik lah, ada yg nak outing lah apa lah. then aku ikut la classmate aku ni pegi CC (cyber cafe). aku pun tak tahu la apa yg best sangat tempat ni. ye lah aku bukan kaki game pun. so aku bosan sgt aku folo diorang.

clik, clik, clik. log in fb. perghh berlambak notification, friend requests bagai. biasa lah time tu 'hot' skit. hahahahaha. then aku pun click lah satu satu. nak abis kan masa la katakan. notification dah, then friends request.boboiboy approve, pak cik approve, simba remove, hello kitty approve, awek cun aipp mesti la approve, ikan koi approve, sampai la abis, time time aku belek2 friend request tu TIBA TIBA pop!! massage masuk.

wuishhh.. awek cun tadi lah. alamak alamak. camne ni? tq approve awek tu hantar. *cehh ayat biasa lah kan kalau approve org. <-- starter pack lah kire nye tu. hahahaha. then aku pun sembang2. sembang dan sembang. tadi aku tengok ada 50 minit lagi sekarang dah tinggal 5 minit je. kiwak punya laju. bapak sekejap masa ni kan. betul betul mencemburui aku. tak pe lah. aku pun apa lagi kata kata last sebelum log out. mintak no la beb. cehh nak tahu die cakap apa? awak bg lah no awk dulu nnt saya mesej. cehhh pirahhh. hahaha. jkjk. tak pe lah. biar lah. entah bila die nak mesej aku, aku pun tak tahu. ntah ntah kene kencing je. hahaha. then aku pun chow la dari situ.

tanya member member ada nak balik tak,. semua suruh aku gerak sorang. apa mende lah ko ni main cc sejam je. mana ada org main cc sejam. argh lantak lah maleh aku layan. hahaha. aku pun jalan la sorang2. otw balik tu jugak tiba tiba TUTTTTTTT. uishh mesej masuk. aku dah syak dah. aku dah syak dah.mesti awek tadi ni. skali tgk cilaka maxis hantar mesej expired date esok. erm. balik lah aku sorang2. nasib tak kene kejar anjing balik tu. jalan punya jalan. TUTTTTT mesej masuk lagi. haaa yg ni ye dah. hehehe awek tadi beb. melompat seronok aku time tu. haha

so start haritu aku pun berkawan rapat lah dengan si gadis manja ni. haha. Malam malam call, bangun pagi mende first skali celik mata screen phone, ada notification tak. Haha. Cukup seminggu call apa semua. Ajak lah jumpa. Kirenye first date lah. Haha. Time tu hari jumaat tak silap aku k sabtu entah. Aku dpt outing hari sabtu tu. Jumaat paper sabtu release stress la kan. Hehe. Nak tahu kat mana kita jumpa? Hahahahaha. Library beb!! Hahahah bapak lawak hahaha. Time tu fuhh gemuruh campur excited gak lah nak g jumpa. Die mesej ckp kat tingkat atas skali. Aku pun naik la. Naik naik naik. Aku pusing. Asa tak nampak pun. Ada chinese je. Pastu aku turun. Then aku mesej balik

Aku : mana?. 
Dia: you k tadi yg naik atas tadi.
Aku: Aikkk. ha ah. You mana?
Die: ada dgn kawan i. Ada chinese tu.

Hahaha. Rupenye die duk ngan chinese tu. Mana nak perasan. freehair. Pastu pakai spec besar mcm kpop giteww. Haha. Pastu aku pun ambik la kerusi. Ceyy dua dua control malu. Padahal dlm hp tadi bukan main. Cey ajar math lah, sejarah lah. Last2 sembang je lebih. 

Start haritu kitorang pun makin rapat. macam biasa lah keluar, tgk wayang, main bowling, joging, lepak minum. pergh bapak manis siall time tu. org kata peak timing lah. dua2 dah besar la katakan.

hari berganti hari. cewahh

aku dapat tawaran sambung belajar kat utara time tu. die pulak blajar kat ipoh je. jauh beb. kene lah berpisah. pergh sedih gak lah time tu. esok nak gerak ni ptg tu g lah lepak ngan die. mula mula happy jer. pastu time aku nak balik. hmm korang tahu sendiri lah kan. cerita die mcm mana. nak tak nak aku kene g jugak.

sebulan sekali aku balik kg. die punya suka fuhh. tu lah aku nak cakap kat korang. cinta tu best sebenarnya. cuma korang je yang kene coretkan sendiri. cair bai. hahahaha kimak lu

aku di IPTA utara dan die kat ipoh ambik form 6. form 6 bai. bukan senang. hari hari mengaadu hari hari aku jadi tuan penasihat. makin hari makin biasa. tapi mende ni yang aku suka sebenar nya. selalu ada notification masuk. even aku sibuk mcm mana pun ada jer. layan je la kan. tak layan gaduh. KO NAK?? fuhh bab merajuk lagi satu hal. mampos aku cari ayat. dari aku tak tahu apa mende merajuk tu sampai aku serik dengar perkataan tu.

then time aku sem 4 die menduduki STPM. ambik punya ambik. ermm. apa ermm ermm. pandai chor awek aku ni rupenyer. last2 die dpt sambung belajar kat IPTA Shah Alam. wuish. ni dah bahaya ni kat aku. ko tahu la kan Shah Alam tu mcm mana? buaya byk weh. tu belum geng gunting lagi yg sama jenis. tak pe lah harap2 okay lah die kat sana. time aku sem 5 die sem 1. haa mcm tu lah. so okay lah. not bad lah. still sama mcm dulu. kadang tu lah die busy. biasa lah budak mascom ko tahu lah. semua jenis study je. haaaa MASCOM. sumpah aku tak pernah dengar mende ni. aku tanya member2 aku ramai yg cakap alaaa yg budak keluar tv jadi wartawan tu. tu je yg aku dpt tahu.

aippppp. ini tak boleh jadi ni. kalau dah masuk tv takkan ko nak pakai kain batik baju kelawar betul tak? haa. tak boleh jadi tak boleh jadi. sebulan okay lagi, 2 bulan aku dah mula pelik dah. busy busy busy. so kay. aku diploma je kot. ambik pun sport rec je. mmg tak lah busy nye. then abis lah aku sem 5. sebelum abis classmate pakat nak sambung degree. then buat la permohonan.

permohonan tu kene ada INTERVIEW jugak mcm dip dulu.tunggu punya tunggu dapat lah aku. so tempat nye kat IPTA SHAH ALAM wehhhhhh. yes yes yes. seronok weh. hahaha. so aku pun apa lagi set lah ngan awek aku ni ajak makan skali kalau boleh. time aku sampai IPTA tu aku tgk bapak ah besar gila. sampai sesat aku dlm tu. sampai2 dlm pkl 10. pkl 11 camtu aku kene panggil iv. borak lah ngan lecturer situ. yg geng stpm ngan matrik aku tgk dah kecut perut dah. tanya sepatah jawap sepatah. hahaha. lantak korang lah. then panel tu tanya aku kamu nak kos mana satu ni indoor k outdoor. aku cakap la indoor. sebab mmber2 semua pakat nak indoor. sebab dengar senior ckp outdoor byk pakai duit. pastu kitorang pun sembang lah. panel tu cakap indoor ramai lah, outdoor best la, mcm mcm lah.  mcm suruh aku masuk outdoor je.  last2 die tanya skali lagi awak nak outdoor k indoor? ermm time ni dalam kepala aku dah tak fikir apa dah. aku jawab apa apa je lah cik. yg penting saya nak sambung kat SHAH ALAM. srapppp die right nama aku tulis shah alam. aku pun salam. senyum manis. terus chow. fuhh legaaa..

dah settel aku pun ws la awek aku tadi. die kat ne? die ckp ada kat bilik.haa. so tak de class dan tiada penghalang nya. huhuhu. pastu aku tanya die nak tunggu kat ne ni. then die suruh aku tunggu depan kolej perempuan. aku pun like whatt?? giler k depan kolej perempuan aku kene tunggu. bapak ah malu sial. ye lah aku mana nak tahu rules situ mcm mana? aku pun org kampung je, haha. Dkt arau sana pun kalau laki tunggu dpn kolej perempuan jadi boleh jadi bintang popular dikalangan rakan rakan askar ku. Hahaha.  tunggu punya tunggu. haih tak boleh jadi ni. dah 15 minit tak nampak batang hidung ni. tunggu la lagi. dalam hati dah panas dah. aku pulak jenis tak leh tunggu lama. cukup je 25 minit ermm. mmg silap besar lah. dah dtg dari jauh. dengan tak tidur apa semua cukup, buat lambat pulak. mmg aku blah lah.. aku call mmber, suruh hantar balik.

aku dah chow dari situ die tanya kat mana? aku mcm biasa lah. what you give you get back . tunggu lah ko kat situ. mcm biasa gaduh lagi. hahaha 

alhamdulillah aku pun dapat sambung study kat situ jugak. hehehe. means boleh la jumpa die setiap hari. yedak?? mana tak nya weh aku punya fac pun sebelah sebelah je. siap kongsi cafe lagi. 


hari demi hari aku layan kan ws je. pelik weh duduk satu tempat tapi tak berjumpa. dulu bukan main lagi. start je aku study kat situ aku tgk makin lama makin kosong notification hp aku. cuba sedap kan hati. tak de pape tak de pape. die busy. tak pe lah aku pun busy kan la diri aku. tapi hati tetap kosong. tipu lah kalau korang tak perna rasa mcm ni. pelik weh. sumpah aku pelik. nak syak bukan bukan pun tak leh jugak. alasan die busy, jadual pack, byk assignment, nak spend time ngan kwn, blablabla. tapi x de pun aku nampak bende negatif. thats why aku tak syak yg bukan2. 

sampai la aku fed up sgt aku nak putus. time tu haa baru aku rase ada balik die dtg. biasa lah aku acah jer lebih lepas 2 minggu contact balik sambung balik mana yg terputus tadi. mula mula okay pastu die buat perangai balik. fuhh barai gak lah. nak cari lain tak boleh dah atas nama couple. kang aku pasang kan kantoi lagi masak. hahaha. setia beb. haha. tapi rase mcm taik beb aku kene. mcm tu lah cerita nya.



opsss tak habis lagii.

tahun last aku pun intern. die baru sem 5 tak silap aku. aku punya kos sekejap je. aku masuk lambat aku abis awal. haha. time aku nak start intern tu sekali lagi aku bgahu aku nak putus sebab aku nak fokus dekat tempat intern aku ni. ye lah aku time tu intern kat gym weh. owner die indian @ ketua kecergasan Perak FA. pastu die ada 5 org trainer and sorang admin clark. clark ni pun indian. trainer die semua chiniese. pergh, bapak ahh mmg struggle beb aku first and second week. aku dah la study mgt, pastu kene revise balik sport science yg aku blajar time aku diploma. sumpah lain macam weh. pegi keje belajar, balik kerja cari youtube. tido. bangun tido sambung cari lagi. fuh sebulan tu mmg susah lah aku nak adapt. tapi aku suka lah. ntah aku rase tempat tu penuh positive vibes kot. tenang giler. even kerja byk member tak de.

oh lupa tadi. nak tahu respon die apa? kcink. 0 notification sebulan. hahahaha. babi ni dah lain mcm ni. mmg betul babai dah aku kene ni. hahaha. aku ko tahu lah kan. suka main tarik tali. bukan aku je semua laki mmg camtu. tak silap aku lah. hahaha. ke aku je????? erm aku dah tak sedap hati dah. ermm. masuk minggu kedua bulan ke dua tu aku pun sapa die. hai. 

lagi skali aku di biarkan begitu sahaja. huhuhu. 2 hari lepas tu. hai lagi. againn. this is no joke at all babeh. susah hati susah hati. then aku pun try la dlm seminggu skali bagai. tapi still no notification. ermm. sedih tak berlagu. oh lupa time tu bulan november 2016. ada anniversary kitorang. hahaha. barai beb. alah biasa lah. korang pun mesti ada gak kan??? erm aku pun apa lagi karangan 180 patah perkataan tak de lebih tak de kurang aku tulis. ayat cekrawala bumisakti semua keluar. then send.

1 minit....

5 minit....




30 minit....






4 jam.....


arghhh demmm. tak balas lagi beb. keras betul perempuan ni. tak pe lah. then selang berapa hari lepas tu hari jadi die awal bulan disember. time ni tak de dah hati dah aku nak tulis karangan, nak tulis surat khabar pulak lah. hahahaha. chill chill. tak de nye aku nak buat mcm tu. nak tahu akau tulis apa???




happy birthday awak. stay princess 👸


settel. puas hati.

Tiba- tiba.... TINGG!! 1 notification from ehem ehem

hahahahaa. yes yes yes. open je nak tahu die tulis apa. 


TQ.


aku time tu dah @#!@$#%^$^*&^)*)(* (dalam hati je lah) hahahahaha. tu je die tulis. kalau aku tahu baik aku tulis pendek je hari tu. but there is no kata putus lagi. die nak aku lagi k? tak nak aku ganggu k? entah lah nak. sakit gak aku nak terima semua bende ni tapi tu lah life must go on. wat rileks sudaaa.

sehari 2 lepas tu aku cuba lagi ws die.

lagi sekali aku dpt noti. prahh 1 karangan die tulis. huhu. aku tak berapa nak ingat apa yg die tulis sebab aku kalau mende yg menyakitkan hati ni aku cepat2 buang. mcm tu jugak lah mesej ni. aku delete terus. yg aku ingat die ckp pasal janji aku ada janji masa aku buat karangan haritu aku akan cari die balik lepas die abis belajar. so aku kene tepati lah janji tu.  die marah kenapa nak cari die lagi, get a life lah, die skrg nak spend time dengan family and friends je. no more me. huhu. pergh pedih bai. tulah padan muka kau. sape suruh buang die. kan dah kene buang balik. mcm aku cakap tadi. what you give, you get back.

terus tawar hati beb. slow slow aku move on. tapi susah beb. sape ckp senang tu pedooh je semua tu. nak nak org mcm aku ni 5 tahun beb aku couple dengan die ni. dari sekolah menengah sampai abis belajar. gile hebat. hahaha. mak bapak,sedara mara belah aku, belah die semua aku kenal. siap lepak minum kat kedai skali lagi. 

then aku pun pun lepas aku abis intern aku sambung balik study kat IPTA tu utk settel kan research aku. dalam masa yg sama aku dapat keje kat kl ni. bos lama aku ajak kerja ngan die. huhu. power gak ah aku kipas die dulu sampai kene panggil ajak keje. ehhh sedap ko ckp aku kipas. aku keje bagus kot. hahaha. gurau gurau. aku ni jenis workaholic jugak sbnrnya. tapi bila keje tu menyeronokkan lah. tapi kalau suruh aku buat assignment mmg last2 jugak lah aku hantar. 

then aku pun settel kan lah semua research aku. akhirnya siap dgn jaya nya. hehe. lalu, bawa diri lah aku kat kl ni. no more ipoh boy no more shah alam boy. senang skit aku nak move on. settel. 

dan pada suatu hari tu. huhuhu. aku pun balik lah ipoh sebab abang aku sakit. dah okay apa semua adik aku ajak family gathering kat kedai mak ex awek, umi (dah jadi ex la takkan janda pulak) ni. Adik aku pun keje situ jugak. nak belanja la kateko adik beradik semua ada. aku pun buat mcm biasa la. ingat kan umi dah tahu. tapi aku tgk biasa je. dah siap2 oder aku pun g sembang ngan umi. saje lama tak borak. Umi tanya la nape lama tak dtg rumah apa semua. aku pun dolak dalik lah. aku pun tanya lah soalan yg aku tak tahu time tu. mujur tak de syak apa2.

Otw balik rumah tu adik aku nampak aku ws ngan member skolah aku dulu. Aku buh nama member aku gummy. Hahaha pastu die boleh pegi bagi tahu ex aku tu yg aku dah ade gf baru. Bapak panas nye aku. Pastu esok k lusa ntah ex aku ws. Apa entah kire die ckp dah ada org baru k gummy tu. Hahaha. Time tu pulak aku pulak panas dgn die ni pasal dulu aku ws die tak balas. Aku pun balas. Aku dah ada org baru la. Lepas putus dgn awk la. Apa lah. Hahahahaha

sehari 2  lepas tu jemmmmm. Sepupu die hentam aku. Die ckp jangan contact apa semua dah. Aihh aku pulak pelik. ex aku k die yg suruh ni. Tapi tak pe lah. Aku anggap je lah utk kebaikan. 


minggu depan nye aku kene balik lagi. abg aku sakit lagi. dgr cite die buat hal kat cafe umi. aku dah jemmm dah. haduhh. tak pe lah mende dah lepas kan. dan malam esok nye tu  family aku ajak gathering lagi tapi kat tempat lain. g lah aku g ambik adik aku tadi kat cafe tu and g cafe lain tu. dah abis makan apa semua aku g hantar adik aku tu naik motor. dan malam tu jugak aku settelkan masalah ni. skali lagi aku ajak umi sembang kat meja. time tu pulak tak ramai customer. so mmg the perfect timing lah. hahaha. aku bukak dulu dengan masalah abg aku tu. dah settel aku teruskan lagi dengan kisah ex aku. huhu. yg ni aku betul2 jemm. hahaha. tapi harith is always rileks. aku cakap terus terang dgn umi apa semua. dah settel aku cakap, aku bg turn umi cakap pulak. fuhhh. kesian pun ada beb. adehh. ntah aku jadi kacau malam tu. ye lah mak mana je yang tak nak tgk anak die bahagia. pastu die ckp patut la aku tanya umi mcm2 hari tu. mcm pelik je. aku ni tak contact anak die ke apa? erm. last last aku cakap mcm ni je. kalau ada jodoh tak kemana umi. 😅

malam tu jugak aku contact member aku tanya ada futsal k tak? settel semua masalah. see. 

kepala otak ko settel. nampak mcm settel tapi ko tak tahu. hahaha. sehari aku fikir apa aku kene buat. tapi korang tahu la kan. apa je aku kene buat. mmg kene jalan kan hidup seperti sedia kala lah. hahahahaha.  Biasa lah lelaki mmg mcm ni die seminggu je okay lepas tu setahun merana.  

Dan skrg aku mcm ni je lah. Hidup menyinggle je lah. Aku actually bukan ada gf lain pun. Nak rase hidup sorang. Tapi tu lah hidup sorang bosan weh. Bukan aku tak nak get back. Dah kalau get back pun mende sama je. Stkt ada title je aku pun boring. Contact entah kemana. Ahh lantak lah. Biar la dulu. Buat masa skrg ni aku cuba fokus dulu utk kerja. Ada duit sikit aku cuba menyimpan. Skrg kerja pun ada tak de. Duit lagi la ada tak de. Hmm.