Saturday, 28 May 2016

10 Matlamat dalam hidup aku

Hai guys apa khabar semua?
Hopefully semua dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya

So hari ni aku nak senarai kan  10 matlamat hidup aku

First thing come first.


1. Aku TAK NAK jadi pekerja. Aku TAK NAK kerja jadi robot dunia (8pagi-5petang). Sebab apa aku cakap mcm tu sebab buang masa. Bila start je hidup jadi pekerja, hidup kau akan dimanipulasi dengan sistem dunia yg ko sendiri tak perasan. Kalau kerja start pkl 8, pkl 7 ko dah kene bangun. Then siap siap breakfast apa semua pastu gi kerja. Balik kerja pkl 5 confirm badan dah penat. Dan kau takkan ada masa untuk berfikir cara mcm mana nak tambah duit. Then yg ada family lagi la lepas maghrib layan anak apa semua pkl 10/ 11 dah mengantuk. Pukul 5 hingga pukul 11 malam je kau free. 6 jam je weh hidup kau berkualiti. Nak ke? Kalau aku tak la kot. Memang aku tolak mentah mentah. AKU HIDUP BUKAN NAK JADI PEKERJA. Cukup2 la aku belajar dulu jadi mcm ni

2. Duit. Duit mmg bukan segalanya. tapi segalanya perlukan duit. Haa biasakan dengar ayat ni? Bapak cliche dooooo. Ha ah. Aku setuju dengan ayat tu. Sape kata die tak perlukan duit. Ko perati je bile kawan ko ckp macam tu. Pastu ko cuba acah ajak die 'weh aku plan nak g pulau la minggu ni' ko tengok apa reaksi die. Confirm! aku gerenti die ckp aku tak de duit la. So dari mana nak dpt duit? Bisnes la beb. Buat la bisnes apa pun and jadikan bisnes tu diri kite. Tacap comey comey. Mandikan bisnes kita tu dengan ilmu. Belajar sayangkan bisnes kita tu baik baik.

3. Belajar ilmu kewangan. Kalau kau tahu cara guna duit yg betul nescaya kau akan berjaya. Menyimpan walau sikit tapi konsisten. Guna kurang dari jumlah yg kita ada. Tak perlu ikut org lain. Jadi diri sendiri.

4. Hutang. Agak agak la kan bape hutang terkumpul aku sekarang? Pelajar IPTA, baru berumur 21 tahun, berkelulusan diploma dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah? Nak tahu bape? Nak cecah 30 lebih ribu beb. Baru pelajar. Tak kerja lagi beb. Baru berstatus pelajar. Sekali lagi aku ulang PELAJAR. Gile ke apa tak kerja apa, Takde income yg tetap tapi dah ada beban yg sangat besar iaitu HUTANG. Kepala bapak kerajaan lah. haa. tu lah kan. haa. tu lah. i love MALAYSIA. Alhamdulillah MALAYSIA masih aman. 

5. What you give, you get back. Setiap kali dpt income bg duit kat parents. Guys ni yang paling penting kalau buat bisnes. Ingat restu ibu bapa penting. Lagi ibu bapa doakan kita lagi, kita berjaya di dunia. And kalau yg dah tiada ibu bapa tu tak pe. Salurkan kepada anak2 yatim. Tak pun org yg memerlukan. Insyaallah lagi berkat dan dimurah kan rezeki kite.

6. Tukar tabiat atau sikap. Nak tahu tabiat apa yg aku liat sangat nak ubah? BANGUN  PAGI. Pergh mende bapak ah susah. Kalau bangun pun solat subuh jap. Pastu tidur balik. Susah giler nak ubah. Aku dah tulis kat whiteboard, dah ulis kat note tampal tepi katil, tapi susah benor nak ubah nye. Nak tahu sebab apa? Sebab yg buat tu tangan je. Stak still the same. ngantuk la. apa la... apa laa.. aihh susah benor

7. Rumah. Yup semua orang nak beli rumah betul tak? Cepat atau lambat je. So bagi aku rumah will be the first than kereta. Biarlah aku susah payah dulu naik motor. Sebab aku ada target aku. And rumah tu jugak akan jadi mesin duit aku akan datang. Insyaallah kalau tak de aral melintang umur aku 24 aku akan cuba sedaya upaya beli satu. Kalau okay, go for more lah. Haha

8. Team Bonding. Team yg aku maksudkan ialah pasukan bisnes. Sebab apa? Team adalah pasukan yg sentiasa membantu bila jatuh naik nya kita dalam sesuatu bisnes tu? Semakin berkualiti nya team tu semakin power la ko punya bisnes tu. Aku kene create team aku sendiri utk jadi mcm tu. So cara nya senang je. Pegi cari mentor la bukan mentor cari ko harith oiii. 

9. 27 tahun. Kenapa dengan umur 27 tahun? Pada umur ni aku dah tak nak bekerja/ berbisnes atau apa pun. Tapi duit still flow into my bank and at the same time aku dah start fly ke negara negara luar. Umur ni jugak baru aku kahwin. Shhh tak de sambungan dah. Sampai situ je. Okay? haha.

10. Insyaallah ni aku act aku nak jugak tapi masih samar samar iaitu pangkat Dato'. hehe. Biasa lah dah nama pun manusia mesti ada keinginan dan impian masing masing. Weh best weh kalau ada pangkat ni. Aku tak nak cakap banyak mmg best. Mcm2 ko boleh buat dgn pangkat tu, aipp positif la jgn negatif. Haa. Tu lah aku nak pagkat ni tapi erm erm erm. hehe. SELAMA NYAWA DIKANDUNG BADAN. Akan ku gapai segala apa yg aku tulis tadi. Amin. 


Manusia tak lari dari kesilapan tapi manusia juga telah dikurniakan otak untuk memastikan kesilapan yang dilakukan itu tidak berulang kembali pada masa akan datang. Jadi disini aku nak nasihatkan kat korang tulis la korang punya matlamat supaya korang ada panduan untuk korang ikut. k selamat pagi dari Harich Legacy. Cewah. HAHA





12 july 2017

Friday, 8 April 2016

“Keluar dari ZON SELESA sekiranya ingin BERJAYA”

Salam isya' semua.

Hai guys. Baru hari ni terlintas nak on blog ni. pergh sawang 4 inci beb haha, tu lah kan punya lama tak on.

What's up guys. Sihat semua?

Hai nama aku Harith and stay in Ipoh( ini pekan orang handsome). Masih lagi student tapi bukan student biasa biasa tau. haha. student LUAR BIASA HEBAT and masih lagi study di sebuah IPTA di Shah Alam.

Okay apa yg nak dikongsikan hari ni ialah nape aku ckp tadi aku ni student LUAR BIASA HEBAT.  apa yg hebat sangat aku ni? hehehehehe. nak tahu apa yg hebat nye?????


COMFORT ZONE!!!!!!

Apa itu comfort zone @ zon selesa?

Ramai yg mengatakan keluar dari comfort zon sekiranya ingin berjaya. Tapi nak buat mende ni bapak lah payah. Korang kene tukar mindset, pemakaian(jikaperlu), cara cakap dan sebagai nya utk jadi org lebih hebat umpama korang kene tukar diri korang dengan org yg berjaya. Follow step by step dari org yg dah berjaya tu.

Aku betul betul mengakui yg mende ni nak buat mmg payah. Korang akan rase macam terpinggir, kawan kawan jadi mcm nak tak nak je kawan, kene ngumpat, caci belakang. Biasa lah tu. Kalau nak berjaya mmg kene jadi lain dari yg lain. Kalau ikut je sistem dunia skrg ni mmg sama je lah korang ngan org biasa. Pergi kerja awal pagi, balik petang/ malam, makan, buat kerja sikit, tido. Esok ulang mende sama. Aku ada jumpa satu doctor ni and beliau skrg dah mcm abg aku dah. kata kata beliau yg paling keramat bagi aku ialah

'Manusia ni hidup sampai umur die 25 tahun je. Lepas tu die mati'. Apa yang mati? Mati yg doktor ni ckp kan ialah mati sebab org tu sampai umur die 25 tahun die akan follow balik apa yg die belajar masa die hidup dari kecik sampai umur die 25 tahun tu. Ada faham taaa adey adey? Yenna dei. paham ke idok? Horrr ate udoh paham aper solution nyer kome? Kome pikior le sendighi.

Nak tahu apa yg aku buat...... tunggu post selepas ni