Hopefully semua dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya
So hari ni aku nak senarai kan 10 matlamat hidup aku
First thing come first.
1. Aku TAK NAK jadi pekerja. Aku TAK NAK kerja jadi robot dunia (8pagi-5petang). Sebab apa aku cakap mcm tu sebab buang masa. Bila start je hidup jadi pekerja, hidup kau akan dimanipulasi dengan sistem dunia yg ko sendiri tak perasan. Kalau kerja start pkl 8, pkl 7 ko dah kene bangun. Then siap siap breakfast apa semua pastu gi kerja. Balik kerja pkl 5 confirm badan dah penat. Dan kau takkan ada masa untuk berfikir cara mcm mana nak tambah duit. Then yg ada family lagi la lepas maghrib layan anak apa semua pkl 10/ 11 dah mengantuk. Pukul 5 hingga pukul 11 malam je kau free. 6 jam je weh hidup kau berkualiti. Nak ke? Kalau aku tak la kot. Memang aku tolak mentah mentah. AKU HIDUP BUKAN NAK JADI PEKERJA. Cukup2 la aku belajar dulu jadi mcm ni
2. Duit. Duit mmg bukan segalanya. tapi segalanya perlukan duit. Haa biasakan dengar ayat ni? Bapak cliche dooooo. Ha ah. Aku setuju dengan ayat tu. Sape kata die tak perlukan duit. Ko perati je bile kawan ko ckp macam tu. Pastu ko cuba acah ajak die 'weh aku plan nak g pulau la minggu ni' ko tengok apa reaksi die. Confirm! aku gerenti die ckp aku tak de duit la. So dari mana nak dpt duit? Bisnes la beb. Buat la bisnes apa pun and jadikan bisnes tu diri kite. Tacap comey comey. Mandikan bisnes kita tu dengan ilmu. Belajar sayangkan bisnes kita tu baik baik.
3. Belajar ilmu kewangan. Kalau kau tahu cara guna duit yg betul nescaya kau akan berjaya. Menyimpan walau sikit tapi konsisten. Guna kurang dari jumlah yg kita ada. Tak perlu ikut org lain. Jadi diri sendiri.
4. Hutang. Agak agak la kan bape hutang terkumpul aku sekarang? Pelajar IPTA, baru berumur 21 tahun, berkelulusan diploma dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah? Nak tahu bape? Nak cecah 30 lebih ribu beb. Baru pelajar. Tak kerja lagi beb. Baru berstatus pelajar. Sekali lagi aku ulang PELAJAR. Gile ke apa tak kerja apa, Takde income yg tetap tapi dah ada beban yg sangat besar iaitu HUTANG. Kepala bapak kerajaan lah. haa. tu lah kan. haa. tu lah. i love MALAYSIA. Alhamdulillah MALAYSIA masih aman.
5. What you give, you get back. Setiap kali dpt income bg duit kat parents. Guys ni yang paling penting kalau buat bisnes. Ingat restu ibu bapa penting. Lagi ibu bapa doakan kita lagi, kita berjaya di dunia. And kalau yg dah tiada ibu bapa tu tak pe. Salurkan kepada anak2 yatim. Tak pun org yg memerlukan. Insyaallah lagi berkat dan dimurah kan rezeki kite.
6. Tukar tabiat atau sikap. Nak tahu tabiat apa yg aku liat sangat nak ubah? BANGUN PAGI. Pergh mende bapak ah susah. Kalau bangun pun solat subuh jap. Pastu tidur balik. Susah giler nak ubah. Aku dah tulis kat whiteboard, dah ulis kat note tampal tepi katil, tapi susah benor nak ubah nye. Nak tahu sebab apa? Sebab yg buat tu tangan je. Stak still the same. ngantuk la. apa la... apa laa.. aihh susah benor
7. Rumah. Yup semua orang nak beli rumah betul tak? Cepat atau lambat je. So bagi aku rumah will be the first than kereta. Biarlah aku susah payah dulu naik motor. Sebab aku ada target aku. And rumah tu jugak akan jadi mesin duit aku akan datang. Insyaallah kalau tak de aral melintang umur aku 24 aku akan cuba sedaya upaya beli satu. Kalau okay, go for more lah. Haha
8. Team Bonding. Team yg aku maksudkan ialah pasukan bisnes. Sebab apa? Team adalah pasukan yg sentiasa membantu bila jatuh naik nya kita dalam sesuatu bisnes tu? Semakin berkualiti nya team tu semakin power la ko punya bisnes tu. Aku kene create team aku sendiri utk jadi mcm tu. So cara nya senang je. Pegi cari mentor la bukan mentor cari ko harith oiii.
9. 27 tahun. Kenapa dengan umur 27 tahun? Pada umur ni aku dah tak nak bekerja/ berbisnes atau apa pun. Tapi duit still flow into my bank and at the same time aku dah start fly ke negara negara luar. Umur ni jugak baru aku kahwin. Shhh tak de sambungan dah. Sampai situ je. Okay? haha.
10. Insyaallah ni aku act aku nak jugak tapi masih samar samar iaitu pangkat Dato'. hehe. Biasa lah dah nama pun manusia mesti ada keinginan dan impian masing masing. Weh best weh kalau ada pangkat ni. Aku tak nak cakap banyak mmg best. Mcm2 ko boleh buat dgn pangkat tu, aipp positif la jgn negatif. Haa. Tu lah aku nak pagkat ni tapi erm erm erm. hehe. SELAMA NYAWA DIKANDUNG BADAN. Akan ku gapai segala apa yg aku tulis tadi. Amin.
Manusia tak lari dari kesilapan tapi manusia juga telah dikurniakan otak untuk memastikan kesilapan yang dilakukan itu tidak berulang kembali pada masa akan datang. Jadi disini aku nak nasihatkan kat korang tulis la korang punya matlamat supaya korang ada panduan untuk korang ikut. k selamat pagi dari Harich Legacy. Cewah. HAHA
12 july 2017
No comments:
Post a Comment